Agustus 25, 2012

PETUNJUK JALAN

PETUNJUK JALAN

Petunjuk Sepanjang Jalan
Syed Qutb 1
SYED QUTB
PETUNJUK
SEPANJANG JALAN
Petunjuk Sepanjang Jalan
Syed Qutb 2


ISI KANDUNGAN
?? BAB 1 Petunjuk Sepanjang Jalan
?? BAB 2 Generasi Al-Quran Yang Unik
?? BAB 3 Tabiat Program Al-Quran
?? BAB 4 Masyarakat Islam -Pertumbuhan Dan Ciri-Cirinya
?? BAB 5 Jihad Di Jalan Allah
?? BAB 6 La Ilaha Illallah Panduan Hidup
?? BAB 7 Undang-Undang Universal
?? BAB 8 Islam Ialah Tamaddun
?? BAB 9 Konsep Islam Terhadap Kebudayaan
?? BAB 10 Akidah: Rupabangsa Muslim
?? BAB 11 Jaraknya Jauh
?? BAB 12 Keagungan Iman
?? BAB 13 Inilah Jalannya
Petunjuk Sepanjang Jalan
Syed Qutb 3
???? ?? ??????


PETUNJUK SEPANJANG JALAN
Umat manusia sekarang ini berada di tepi jurang kehancuran. Keadaan ini
bukanlah berpunca dari ancaman maut yang sedang tergantung di atas ubunubunnya.
Ancaman maut itu adalah satu gejala penyakit sahaja dan bukanlah ia
penyakit itu sendiri. Sebenarnya punca utama dari keadaan.ini ialah: bengkrap dan
melesetnya umat manusia itu di bidang “nilai” yang menjadi pelindung hidupnya.
Hal ini terlalu menonjol di negara-negara blok Barat yang sememangnya sudah
tidak punya apa pun “Nilai” yang dapat diberinya kepada umat manusia; malah
tidak punya satu apa pun yang dapat memberi ketenangan hatinya sendiri, untuk
merasa perlu hidup lebih lama lagi; setelah sistem “demokrasi” nampaknya
berakhir dengan kegagalan dan kebengkrapan, sebab ternyata ia sudah mulai
meniru - dengan secara beransur-ansur - dari sistem negara-negara blok Timur,
khususnya di bidang ekonomi, dengan memakai nama sosialisme!
Demikian juga halnya di negara-negara blok Timur itu sendiri. Teori-teori
yang bercorak kolektif, terutamanya Marxisme yang telah berhasil menarik
perhatian sebahagian besar umat manusia di negara-negara blok Timur itu - dan
malah di negara-negara blok Barat juga - dengan sifatnya sebagai suatu isme yang
memakai cap akidah juga telah mulai mundur teratur sekali dari segi ‘teori’ hingga
hampirlah sekarang ini lingkungannya terbatas di dalam soal-soal ‘sistem
kenegaraan’ sahaja dan sudah menyeleweng begitu jauh dari dasar isme yang asal
dasar-dasar pokok yang pada umumnya bertentangan dengan fitrah umat manusia
dan tidak mungkin berkembang kecuali di dalam masyarakat yang mundur, atau
pun masyarakat yang begitu lama menderita di bawah tekanan sistem pemerintahan
diktator. Hatta di dalam masyarakat seperti itu sendiri pun - telah mulai nampak
kegagalan di bidang benda dan ekonomi; iaitu bidang yang paling dibanggakan
oleh sistem itu sendiri. Lihat sahaja Russia, negara model dari sistem kolektif itu,
telah mulai diancam bahaya kebuluran yang hampir sama dengan keadaan di
zaman Tzar dahulu; hingga negara itu telah terpaksa mengimpot gandum dan
bahan-bahan makanan serta menjual emas simpanannya untuk membeli bahan
makanan itu. Ini berpunca daripada kegagalan sistem pertanian kolektif dan sistem
ekonomi yang bertentangan dengan fitrah umat manusia.
Oleh itu, maka umat manusia mestilah diberikan pimpinan baru!
Sesungguhnya peranan pimpinan manusia barat ke atas umat manusia ini
telah hampir tamat. Ini bukanlah kerana tamaddun Barat itu telah bengkerap dan
dari segi benda atau telah lemah dari segi ekonomi dan kekuatan tentera tetapi
sebenarnya kerana sistem Barat itu telah tamat tempohnya sebab ia tidak lagi
mempunyai stock “nilai” yang melayakkan dia memegang pimpinan.
Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________
Syed Qutb 4
Umat manusia perlukan suatu pimpinan yang mampu menyambung terus
tamadun kebendaan seperti yang telah dapat dicapai sekarang melalui tamadun
cara Eropah itu, juga yang mampu memberikan nilai baru yang lengkap, setanding
dengan yang telah sedia ada dan telah popular di dalam masyarakat manusia, juga
yang mempunyai program yang kemas kini, positif dan praktikal.
Hanya Islam sahajalah yang mempunyai nilai-nilai dan program yang sargat
diperlukan itu.
Kemajuan ilmu pengetahuan telah pun menunaikan tugasnya. Sejak dari
zaman kebangkitan di dalam abad keenam belas Masihi dan telah mencapai puncak
kemajuannya di dalam abad kedelapan betas dan abad kesembilan belas. Sesudah
itu tamadun Eropah sudah kehabisan bahan simpanan, untuk disumbangkan
kepada umat manusia.
Demikian juga faham-faham “kebangsaan” dan “perkauman” yang telah
muncul pada ketika itu, dan beberapa buah negara gabungan telah lahir dan telah
memberikan sumbangannya masing-masing kepada umat manusia tapi fahamfaham
“kebangsaan” dan “perkauman” itu sudah tidak mampu memberikan apaapa
pun kepada umat manusia, kerana sudah kehabisan bahan simpanan…
Pada akhirnya sistem-sistem yang berdasarkan kebebasan individu dengan
disusuli pula oleh sistem kolektif telah selesai peranannya dan berakhir dengan
kegagalan juga.
Sekarang tibalah pula giliran ISLAM dan peranan “umat” di saat yang paling
genting ini memang sudah tiba giliran Islam pula. Islam yang tidak memandang
remeh dan rendah kepada hasil ciptaan sains yang dilakukan oleh umat manusia
sebelum ini dan akan terus dilakukan oleh umat manusia di sepanjang zaman
kerana Islam memandang kemajuan di bidang ciptaan sains itu sebagai salah satu
tugas utama manusia sejak Allah melantik umat manusia ini menjadi “khalifah” dan
pemerintah di bumi ini, dan di bawah syarat-syarat tertentu pula, Islam
memandangnya sebagai sejenis ibadat kepada Allah, dan sebagai sejenis
pelaksanaan tujuan hidup manusia:
Firman Allah:
?????? ??? ? ? ??????? ??????????? ? ??? ?????? ????? ? ? ??? ????????? ?????????
Maksudnya: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak jadikan seorang khalifah di muka bumi. "
(Al-Baqarah: 30)
Dan firman Allah:
Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________
Syed Qutb 5
????? ???????? ???????? ?????????? ?????? ??????????????
Maksudnya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya
mereka menyembah-Ku.
(Adz-Dzariat: 5)
Maka tibalah giliran bagi “UMAT ISLAM” melaksanakan tujuan Allah yang
telah melahirkan umat ini ke tengah-tengah masyarakat umat manusia:
? ??????? ?????? ??????? ?????????? ????????? ????????? ? ? ?????????????? ?????????? ? ? ???? ?????? ? ???
??????????? ? ? ?????????
Maksudnya: Kamu [umat Islam] adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk
manusia, iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat
kejahatan dan kamu beriman kepada Allah.
(Aali Imraan: 110)
Dan firman Allah:
?? ? ? ? ????? ????????? ? ??? ??????? ???? ? ?? ???? ? ?????? ????????? ????? ???????? ???? ? ?? ? ? ???????? ? ? ?????? ? ???
????????
Maksudnya: Dan demikianlah kami jadikan kamu [umat Islam] umat yang adil
dan pilihan, agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul
[Muhammad] menjadi saksi atas perbuatan kamu ...
(Al-Baqarah: 143)
Tetapi Islam tidak akan mampu menunaikan tugasnya kecuali bila ia
menjelma di dalam sebuah masyarakat, iaitu ia menjadi panduan hidup suatu umat
kerana umat manusia tidak mahu mendengar - terutama sekali di zaman mutaakhir
ini - kepada suatu akidah yang kosong, yang tidak dapat dilihat buktinya melalui
suatu bentuk hidup yang nyata dan dapat disaksikan sedangkan “wujud” umat
Islam itu sendiri boleh dianggap telah terputus -sejak beberapa abad yang lalu
kerana UMAT ISLAM itu bukanlah bererti sekeping tanah di mana Islam hidup di
situ, bukan juga suatu kaum atau golongan orang yang nenek moyang mereka
dahulu pernah menghayati Islam sebagai panduan hidup mereka kerana
sesungguhnya “umat Islam” itu ialah suatu golongan manusia yang menimba
hidup, konsep realiti, nilai hidup mereka dari sumber Islam dan umat ini, dengan
Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________
Syed Qutb 6
ciri-ciri yang disebut di atas, telah terputus wujudnya sejak terhentinya pelaksanaan
undang-undang dan syariat Islam dari seluruh muka bumi ini.
Oleh sebab itu maka perlulah dipulihkan semula wujudnya umat itu; supaya
Islam dapat menunaikan peranan yang sangat diharapkan itu, dalam memimpin
umat manusia sekali lagi.
Memanglah umat Islam itu mesti “bangkit” semula umat yang telah ditimbus
zaman, ditimbus oleh konsep hidup yang sesat dan ditimbus pula oleh realiti hidup
yang menyeleweng, ditimbus oleh sistem hidup yang pincang dan tiada kena
mengena dengan Islam sama sekali, tiada kena mengena dengan program Islam
walaupun umat itu masih menganggap dirinya sebagai umat Islam dan masih
memanggil negeri tempat tinggal mereka sebagai “dunia Islam.”
Sebenarnya saya arif benar bahawa jarak di antara usaha “bangkit” semula
dan “memegang pimpinan” itu masih jauh dan susah dilalui sebab sesungguhnya
umat Islam sudah hilang dari “wujud” dan “realiti” begitu lama sekali dan peranan
memimpin umat manusia itu telah diambil oleh fikiran yang lain, oleh umat yang
lain dan oleh konsep yang lain, juga oleh realiti yang lain berabad-abad lamanya
dan tamadun Eropah telah pun menciptakan dalam tempoh yang begitu lama
beberapa banyak perbendaharaan yang berbentuk “Ilmu Pengetahuan”
“kebudayaan” “sistem hidup” dan “penghasilan benda”, iaitu suatu
perbendaharaan yang agung dan telah membawa umat manusia naik ke kemuncak
kemajuan perbendaharaan yang tidak dapat dibuang begitu sahaja tanpa gantinya;
lebih-lebih lagi negara-negara yang bernama “dunia Islam” sekarang hampir tidak
mempunyai bahan simpanan dari hasil perbendaharaan itu.
Walau bagaimanapun tanpa mengenepikan pertimbangan ini walau
bagaimana jauhnya pun jarak di antara “bangkit semula” dengan “memegang
pimpinan” langkah-langkah ke arah bangkit semula itu mesti dijalankan serta merta
dan jangan dilengahkan lagi!
Supaya kita selalu dapat menguasai persoalannya, maka perlu benar kita
memahami secara terperinci, apakah dia syarat-syarat kelayakan yang akan
membolehkan umat ini (umat Islam) memegang peranan memimpin umat
manusia, supaya kita tidak meraba-raba dalam mencari unsur-unsur yang dapat
mencetuskan kebangkitan semula umat ini, di peringkat pertama.
Umat ini sekarang tidak punya kemampuan dan tidak perlu ia mempunyai
kemampuan untuk mengemukakan kepada umat manusia keunggulan dan
kejaguhannya di dalam lapangan “ciptaan benda” yang membikin orang tunduk
dan takut kepadanya dan memaksa umat manusia menerima pimpinannya
berdasarkan faktor ini; kerana kemajuan ala Eropah di lapangan ini telah terlalu
jauh mendahuluinya dan memanglah tidak boleh diharapkan, dalam tempoh
beberapa abad di hadapan, untuk mengatasi mereka di lapangan ini!
Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________
Syed Qutb 7
Yang demikian maka mestilah dicari suatu syarat kelayakan yang lain, iaitu
syarat kelayakan yang tidak terdapat di dalam tamaddun sekarang.
Ini tidaklah bererti bahawa kita mesti melupakan dan mesti memandang
enteng kepada soal “penghasilan benda” dan “rekaan sains”, sebab menjadi
kewajipan kita juga untuk berusaha mendapatkannya, tapi bukanlah dengan
anggapan bahawa ia merupakan “syarat kelayakan” asasi yang mesti kita gunakan
di dalam memegang pimpinan umat manusia dalam tempoh sekarang ini. Cuma ia
diperlukan sekadar untuk menjaga hidup kita dari ancaman dan penindasan dan
juga kerana konsep Islam sendiri yang mengajarkan bahawa ciptaan sains adalah
mustahak sebagai syarat menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.
Oleh kerana itulah maka mustahaklah ada suatu syarat kelayakan lain, bukan
ciptaan sains dan penghasilan benda, dan sudah pastilah syarat kelayakan itu tidak
lain daripada “akidah” dan “Program” yang membolehkan manusia itu memelihara
dan mengawal hasil ciptaan sains, di bawah pengawrasan suatu konsep lain yang
dapat memenuhi hajat fitrah seperti yang telah diperolehi oleh kemajuan sains itu,
dan supaya akidah dan program itu menjelma di dalam sebuah perkumpulan
manusia, iaitu sebuah masyarakat Islam.
Sesungguhnya dunia sekarang ini berada di dalam “Jahiliyyah” dari segi
dasar yang menjadi sumber bagi tegaknya kehidupan dan peraturan-peraturannya.
Jahiliyah yang tidak dapat menyelesaikan bebanan hidup hasil dari rekaan baru
yang sedang memuncak sekarang.
Jahiliyah ini tegak di atas dasar mencabul kekuasaan-kekuasaan Allah di
muka bumi dan merampas hak istimewa Allah iaitu pemerintahan dan kekuasaan.
Jahiliyah itu menyandarkan pemerintahan kepada umat manusia yang
menyebabkan setengah golongan menjadi hamba abdi kepada setengah golorgan
yang lain bukan sahaja di dalam bentuk primitif seperti yang berlaku di zaman
jahiliyah purbakala tetapi lebih dahsyat lagi di dalam bentuk mengakui dan
memberi hak membuat konsep-konsep, nilai-nilai, undang-undang, peraturanperaturan
dan ketetapan-ketetapan yang jauh terpesong daripada panduan dan
program Allah untuk hidup ini; dalam perkara-perkara yang tidak pernah diizin
oleh Allah, maka hasil daripada penyalahgunaan kuasa Allah itu secara
otomatisnya timbullah pelanggaran atas hak-hak Allah, dan pelanggaran atas hakhak
manusia. Sebenamya kehinaan yang menimpa umat manusia di dalam sistem
kolektif dan juga kekejaman yang menimpa individu dan bangsa terjajah di bawah
sistem kapitalis adalah salah satu kesan dari pencabulan manusia ke atas hak
istimewa Allah SWT juga kerana manusia tidak menghargai kehormatan yang
dianugerah oleh Allah kepadanya sejak azali.
Di dalam aspek ini, maka konsep Islam tetap berlainan langsung dengan
konsep-konsep bikinan manusia; kerana di bawah sistem yang lain dari Islam, umat
manusia itu saling mengabdikan diri di antara satu sama lain, dalam bermacammacam
bentuknya sedangkan di bawah sistem Islam umat manusia bebas
sepenuhnya daripada sebarang belenggu pengabdian kepada sesama manusia
Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________
Syed Qutb 8
dengan cara mengabdikan diri kepada Allah SWT sahaja dan menerima arahan
daripada Allah sahaja; juga tunduk dan patuh kepada Allah sahaja.
Inilah garis pemisah dan inilah persimpangan jalan. Inilah juga konsep baru
yang kita mampu kemukakan kepada umat manusia konsep ini dan yang
rangkaiannya adalah perbendaharaan yang masih belum dimiliki oleh umat
manusia; kerana ia bukanlah hasil “pengeluaran” atau “produksi” kilang tamaddun
Barat dan bukan hasil rekaan sains Eropah, baik Eropah Barat mahu pun Eropah
Timur.
Sesungguhnya kita- tanpa ragu sedikit pun - memang ada memiliki suatu
potensi baru, lengkap dan sempurna; potensi yang masih belum dikenal dan belum
mampu dibikin oleh seluruh umat manusia.
Tetapi potensi baru ini, seperti telah kita tegaskan, mestilah menjelma di
dalam bentuk realiti yang praktis, mesti menjadi panduan dan darah daging suatu
umat bagi membolehkan berjalannya operasi “kebangkitan” umat mengikut bentuk
Islam kebangkitan yang akan disusuli pula, lambat-launnya, oleh peranan
memegang pimpinan seluruh umat manusia.
Tetapi bagaimanakah caranya memulakan operasi kebangkitan Islam itu?
Jawabnya : Mesti ada satu golongan pelopor atau “kader” yang menghayati
cita-cita ini, dan meneruskan kegiatannya dengan cara menerobos ke dalam alam
jahiliyah yang sedang berpengaruh di seluruh permukaan bumi ini dengan
memakai dua kaedah: iaitu kaedah memisahkan diri dan kaedah membuat
hubungan di bidang lain pula dengan pihak jahiliyah itu.
Para pelopor dan kader itu tentulah perlu kepada panduan-panduan di
sepanjang perjalanan mereka; panduan yang memberikan tentang tabiat peranan
mereka, hakikat tugas mereka dan inti sari tujuan akhir perjalanan mereka dan juga
mengenai garis permulaan di dalam perjalanan jauh itu seperti juga para pelopor
dan kader itu perlu mendapat panduan secukupnya mengenai - jahiliyah yang
sedang berpengaruh di dunia sekarang di dalam suasana yang bagaimanakah
mereka boleh berjalan seiring dengan jahiliyah dan di dalam suasana yang
bagaimanakah pula mereka harus memisahkan diri; bagaimana caranya melayani
pihak jahiliyah itu dengan menggunakan kaedah Islam dan dalam topik apakah
yang perlu dibicarakan? Juga dari mana dan bagaimanakah pula menimba bahanbahan
panduan itu?
Panduan-panduan itu hendaklah diambil dan ditimba daripada sumber asal
akidah ini iaitu Al-Quran dan juga dari arahan-arahan Al-Quran yang asasi juga
dari konsep yang telah dipancarkan oleh Al-Quran ke dalam jiwa para pelopor dan
kader terbilang dahulu, yang telah diberi penghormatan besar oleh Allah SWT
untuk mengubah bentuk sejarah umat manusia mengikut kehendak Allah.
Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________
Syed Qutb 9
Untuk para pelopor dan kader yang diharapkan dan ditunggu-tunggu
kelahirannya itu saya tuliskan PETUNJUK SEPANJANG JALAN ini. Empat fasal
dari buku ini disedut dari buku DI BAWAH BAYANGAN AL-QURAN dengan
beberapa pindaan dan tambahan di mana perlu, sesuai dengan judul PETUNJUK. Di
antara kandungannya juga ialah delapan fasal, selain daripada muqaddimah ini,
yang ditulis dalam waktu tertentu saya beroleh kesempatan dan ilham dari sumber
Al-Quran Yang Mulia… dan dirangkai menjadi satu, sebagai “Petunjuk” dan
panduan di dalam perjalanan, seperti juga buku panduan jalan raya yang lain. Pada
keseluruhanrrya inilah petunjuk dan panduan peringkat pertama. Semoga Allah
melimpahkan kurnia-Nya dan petunjuk ini akan disusul lagi oleh petunjukpetunjuk
lain bila sahaja Allah memberi hidayah kepadaku mengenai petunjuk di
sepanjang jalan ini.
Wabillahi - ttaufieq.
Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________
Syed Qutb 10
??? ????? ????
GENERASI AL-QURAN YANG UNIK
Dakwah Islamiyah telah pun melahirkan satu generasi manusia, generasi
sahabat Rasulullah SAW, Ridhwanullahi alaihim, iaitu suatu generasi yang paling
istimewa di dalam sejarah Islam dan di dalam sejarah kemanusiaan seluruhnya.
Generasi itu tidak pernah muncul dan timbul lagi sesudah itu, walaupun terdapat
juga beberapa peribadi dan tokoh tertentu di sepanjang sejarah, tetapi tidaklah lahir
lagi segolongan besar manusia, di satu tempat yang tertentu pula, seperti yang
telah muncul dan timbul di dalam peringkat pertama dari penghidupan dakwah
ini.
Ini adalah satu fakta dan kenyataan yang terang dan memanglah telah
berlaku, mempunyai maksud-maksud tertentu yang perlu kita perhatikan dan
sayugia kita merenungnya bersungguh-sungguh, agar dapat kita menyelami
rahsianya.
Al-Quran yang menjadi sumber dakwah ini masih berada bersama-sama
kita. Hadis Rasulullah SAW dan petunjuk-petunjuk daripada perjalanan hidup dan
sirahnya yang mulia itu juga masih ada di samping kita, seperti juga kedua-duanya
telah ada bersama-sama dengan generasi yang terdahulu itu, tidak jejas oleh
perjalanan sejarah dan tidak lapuk oleh perkembangan zaman; hanya diri peribadi
Rasulullah SAW sahaja yang telah tiada lagi bersama-sama kita sekarang. Adakah
ini rahsianya?
Al-Quran yang menjadi sumber dakwah ini masih berada bersama-sama
kita. Hadis Rasulullah SAW dan petunjuk-petunjuk daripada perjalanan hidup dan
sirahnya yang mulia itu juga masih ada di samping kita, seperti juga kedua-duanya
telah ada bersama-sama dengan generasi yang terdahulu itu, tidak jejas oleh
perjalanan sejarah dan tidak lapuk oleh perkembangan zaman; hanya diri peribadi
Rasulullah SAW sahaja yang telah tiada lagi bersama-sama kita sekarang. Adakah
ini rahsianya?
Tetapi Allah SWT telah membuat jaminan untuk memelihara Al-Quran, dan
telah mengetahui bahawa dakwah ini boleh tegak selepas zaman Rasulullah SAW
pun, juga boleh membuahkan hasil yang baik; lalu diwafatkan-Nya Rasulullah
SAW setelah 23 tahun beliau menjalankan tugas berdakwah dan menyampaikan
perutusan Ilahi dan Allah SWT akan tetap memelihara agamaNya ini hingga ke
hari kiamat. Dengan demikian maka ketiadaan diri peribadi Rasulullah SAW itu
tidak boleh dijadikan jawapan di atas kegagalan dakwah di zaman ini.
Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________
Syed Qutb 11
Yang demikian kita perlu selidiki sebab lain yang menjadi punca kegagalan
itu. Mari kita lihat kepada sumber pengambilan generasi pertama itu. Mungkin
sesuatunya telah berubah. Kemudian kita lihat pula kepada program dan jalan
yang telah dilalui mereka, barangkali ada sesuatu yang berlainan dan berbeza.
Sumber pokok yang dicedok oleh generasi pertama itu ialah Al-Quran,
hanya Al-Quran sahaja. Hadis Rasulullah SAW dan petunjuk-petunjuk beliau
adalah semata-mata merupakan pentafsiran kepada sumber utama itu. Ketika
Assaiyidah `Aisyah Radhiallahu'anha ditanya mengenai kelakuan, perangai dan
perjalanan hidup Rasulullah SAW maka beliau menjawab: yang bermaksud:
“kelakuan dan perjalanan hidup beliau [Rasulullah SAW] itu ialah Al-Quran”
(Hadis riwayat Nasai)
Hanya Al-Quran sahajalah yang menjadi sumber panduan mereka,
perjalanan hidup dan gerak-geri mereka. Ini bukanlah kerana umat manusia di
zaman itu tidak punya tamaddun, tidak punya kebudayaan, tidak punya pelajaran,
tidak punya buku karangan dan tidak punya kajian! Sekali lagi tidak! Kerana
sebenarnya di zaman itu telah pun ada tamaddun dan kebudayaan Romawi, bukubuku
dan undang-undangnya, yang telah dan masih diikut dan dijadikan panduan
oleh orang-orang Eropah sampai hari ini. Di sana juga telah wujud peninggalan
tamaddun Yunani (Greek), ilmu mantiknya, falsafah dan keseniannya, yang juga
masih menjadi sumber pemikiran Barat hingga sekarang; malah di sana juga telah
wujud tamaddun dan peradaban Parsi, keseniannya, sajaknya, syair dan
dongengnya, kepercayaan dan sistem perundangannya, serta tamaddun lain,
seperti tamaddun India, China dan lain-lain kebetulan pula kedua-dua tamaddun.
Romawi dan Parsi berada di sekeliling semenanjung Arab, baik di utara
mahu pun di selatan, ditambah lagi oleh agama Yahudi dan Nasrani yang telah
wujud di tengah-tengah semenanjung itu sejak berapa lama dahulu.
Jadi bukanlah faktor kekurangan tamaddun dan kebudayaan duniawi yang
menyebabkan generasi pertama itu mencedok dari Kitab Allah (Al-Quran) sahaja
dalam peringkat pertumbuhan mereka, tapi ialah justeru kerana “planning” yang
telah ditentukan dan program yang telah diatur. Dalil yang terang atas keadaan ini
ialah kemurkaan Rasulullah SAW ketika beliau melihat Sayyidina Umar bin Al-
Khattab R.A. ada memegang sehelai kitab Taurat. Melihat keadaan ini beliau pun
bersabda: “Demi Allah sekiranya Nabi Musa masih hidup bersama-sama kamu
sekarang pun, tidak halal baginya melainkan mesti mengikut ajaranku.”
(Hadis riwayat Al-hafidz Abu Ya'la dari Hammad dari Asy-sya'bi dari Jabir)
Yang demikian maka dapatlah diambil kesimpulan bahawa Rasulullah
SAW, bermaksud dan mengarahkan supaya sumber panduan dan pengajaran
generasi pertama itu, dalam peringkat pertumbuhan mereka lagi, hanya terbatas
kepada kitab Allah (Al-Quran) sahaja supaya jiwanya melurus ke arah
programNya yang tunggal itu; oleh kerana itu beliau murka melihatkan Saydina
Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________
Syed Qutb 12
Umar bin AI-Khattab R.A. cuba mencari panduan daripada sumber yang lain dari
Al-Quran itu.
Rasulullah SAW bertujuan membentuk satu generasi yang bersih hatinya,
bersih pemikirannya, bersih pandangan hidupnya, bersih perasaannya, dan mumi
jalan hidupnya dari sebarang unsur yang lain daripada landasan Ilahi yang
terkandung dalam Al-Quranul Karim.
Generasi sahabat-sahabat itu menerima panduannya daripada sumber yang
tunggal itu sahaja. Oleh kerana itulah generasi itu telah berhasil membentuk
sejarah gemilang di zamannya.
Tetapi apakah yang telah terjadi kemudiannya?
Sumber-sumber panduan itu rupanya telah bercampur baur!
Sumber itu telah dimasuki oleh falsafah Yunani (Greek), cara berfikir dan
lojikanya, dongeng-dongeng Parsi dan pandangan hidupnya, cerita-cerita Israeliat
Yahudi, falsafah Ketuhanan ala-Kristian yang telah bercampur baur di dalam tafsir
Al-Quran dan ilmu Al-Kalam, dan juga telah dimasuki oleh saki baki peninggalan
tamaddun zaman lampau yang sukar dikikis.
Di samping itu banyak lagi sumber panduan lain yang telah bercampur
baur dengan tafsir Al-Quran, ilmu Al-Kalam, ilmu fiqah dan malah ilmu usuluddin
juga. Campuran panduan inilah yang telah melahirkan generasi-generasi
berikutnya. Oleh kerana itulah maka bentuk generasi pertama iaitu generasi para
sahabat Rasulullah SAW, tidak lahir lagi kemudiannya.
Memang tak dapat diragukan lagi bahawa bercampur-baurnya sumber
panduan itulah yang menjadi faktor utama mengapa generasi berikutnya berlainan
sama sekali dari bentuk generasi pertama yang unggul itu.
Di sana ada satu lagi faktor asasi selain daripada perubahan sumber itu, iaitu
berbezanya cara menerima pengajaran antara generasi para sahabat Rasulullah SAW
dengan generasi-generasi kemudiannya.
Mereka, iaitu para sahabat Rasulullah di dalam generasi pertama itu tidak
mendekatkan diri mereka dengan Al-Quran dengan tujuan mencari pelajaran dan
bahan bacaan, bukan juga dengan tujuan mencari hiburan dan penglipur lara. Tiada
seorang pun dari mereka yang belajar Al-Quran dengan tujuan menambah bekal
dan bahan ilmu semata-mata untuk ilmu dan bukan juga dengan maksud
menambah bahan ilmu dan akademi untuk mengisi dada mereka sahaja. Bahkan dia
pelajari Al-Quran itu dengan maksud hendak belajar bagaimanakah arahan dan
perintah Allah dalam urusan hidup peribadinya dan hidup bermasyarakat, juga
urusan hidup mereka sendiri dari hidup masyarakat mereka. Dia belajar untuk
dilaksanakan serta merta, seperti seorang perajurit menerima, “arahan harian” atau
“surat pekeliling” bagi dilaksanakan serta merta! Juga tiada seorang pun dari
Petunjuk Sepanjang Jalan_____________________________________________________________________
Syed Qutb 13
mereka yang mencari pelajaran tambahan atau pun arahan tambahan dalam satu
majlis pengajian atau suatu majlis taklimat sahaja, kerana dia tahu bahawa yang
demikian itu akan menambah beratkan tugasnya, malah kadang-kadang dia cukup
dengan hanya sepuluh ayat sahaja sehingga dia benar-benar menghafalnya dan dia

Related Posts :



Tidak ada komentar:

Posting Komentar

silahkan komentar,yang baik baik aja..!

 

Copyright © BLACKPENDANT Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger